JellyPages.com

Khamis, 17 April 2014

lalalalala

assalamualaikum....hye...hollla...
dah lme x update blog nie..bersawang dah..huhu..x de pape pun nk update..just nk jenguk kejup je...skunk story terbaru ialah FOKUS TUK FINAL EXAM SEM 2.. hope sem nie dpt result yg gempak..in sya Allah.. AMIN..
wish me luck...daa...lurve u alll



Selasa, 18 Februari 2014

sekadar renungan


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....



Aku Bimbang...
aku mungkin nampak mulia
dihadapan manusia..
Tetapi akulah yang paling hina 
dihadapan Allah..

Rendahkan dirimu di hadapan manusia InsyaAllah
ALLAH akan muliakanmu dihadapan para Malaikatnya yang Mulia

ISTIKARAH CINTA...

http://bingkisanfirdaus.blogspot.com/2012/05/istikharah-cinta.html

sekadar perkongsian...

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.
Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

sekadar renungan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w..





Sahabat ke NERAKA, mudah dicari..Sahabat ke SYURGA, sukar ditemui..sebaik-baik SAHABAT adalah sahabat yang dapat membawa kita ke SYURGA, bukan SAHABAT yang membawa kita ke NERAKA..

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman atau sahabat kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

"Sebaik baik kawan itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah SWT. Bila melihatnya akan menambahkan ilmu dan percakapannya akan menyemarakkan semangat kamu untuk bersedia mengumpul bekalan di akhirat sana."


sahabat

WARKAH BUAT SAHABAT

 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih sahabatku untuk segalanya..maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus-terang..sesungguhnya kau la sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu..duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama..


kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. aku dambakan PERUBAHAN POSITIF dalam diri ini dan mula berubah menjadi lebih baik. IN SYA ALLAH. perubahan inilah dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya.kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup ini sangat bermakna..
terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim ini.malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimana. iman yaang membrikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mugkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh dari keberkatan Ilahi..

 aku sedar aku bukan sahabat yang baik..tapi plezz terima perubahan diri ini kerana apa yang aku lakukan adalah semata2 untuk mulakan suatu perubahan.....IN SYA ALLAH...





Rabu, 28 Ogos 2013

my MOM

Assalamualaikum sume...
hmm, aq sdih cgt2..nk tau knape...tbe2 aq dpt tau yg mama dsyaki tanda2 kanser rahim..ya Allah time 2 hanya Tuhan je yg tau mcm mne perasaan aq..spe x sdih ble mak dye dpt pnyakit mcm 2...nseb bek x trok lgy..aq gne duit ptptn rm500 bgy at mama..swuh mama bli ubat..sbab kte kne cegah dri awal...x slah kte mncegah...skunk niy mama kne wat rwatan susulan...harap2 dgn sgala usaha yg dlakukan kan..mama dpt cegah pnyakit 2 drpd trok..AMIN..aq nk blik umah..wndu sgt2 at mama..tpy ssah la..jauh..klu nk blik pun kne tnggu cuti pnjang..klu stakat cuti 2-3 ary x brbaloi la blek..huhu..Skunk niy aq hnya mmpu berdoa supaya mama cepat sembuh..

                   Y ALLAH YA TUHANKU SEMBUHKANLAH MAMA......AMIN

                                                                                                  <3 ILOVEUMAMA <3

 
KAWAN2 SUME..DOAKAN MAMA LIA CPT SEMBUH EH...TQ